PROFIL SYARIKAT

Posted by AL-ARZAAQ (KEL) SDN. BHD

AL-ARZAAQ (KEL) SDN. BHD telah diperbadankan pada 15 Oktober 2009 oleh pemilik-pemilik saham sekarang yang juga merupakan tulang belakang dalam pengurusan syarikat.

AL-ARZAAQ (KEL) SDN. BHD diperbadankan adalah sebagai kesinambungan perniagaan yang telah sedia ada yang dahulu dikenali dengan AR-RIZQ ENTERPRISE.

Oleh yang demikian AL-ARZAAQ (KEL) SDN. BHD ditubuhkan bagi mengukuhkan dan memperluaskan lagi skop perniagaan asal iaitu perusahaan produk makanan kepada perniagaan yang lebih universal yang juga menjalankan perkhidmatan import & eksport, membekal produk makanan secara meluas, menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan sebagainya yang selari dengan arus globalisasi yang memerlukan anjakan paradigma dalam mencapai kejayaan yang lebih gemilang.



VISI

1. Menjadikan AL-ARZAAQ (KEL) SDN. BHD sebagai syarikat yang berdaya saing dalam memberi mutu perkhidmatan yang terbaik samada yang berkaitan dengan perusahaan makanan, pengangkutan serta import eksport.

2. Menjadikan AL-ARZAAQ (KEL) SDN. BHD sebuah syarikat yang dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa dengan produk RUZ sebagai produk muslim yang bermutu dan berkualiti.

3. Menjadikan AL-ARZAAQ (KEL) SDN. BHD setanding dengan syarikat-syarikat pengangkutan yang lain contohnya pengangkutan bas ekspress seperti ekspress Mutiara, Perdana, E-Budaya dan lain-lain.

4. Menjadikan AL-ARZAAQ (KEL) SDN. BHD sebagai syarikat yang bersifat universal yang menjalankan aktiviti import dan eksport bagi memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.



MISI

1. Membuat analisa, kajian dan pengemaskinian dari masa ke semasa agar produk RUZ menepati piawaian dan mengikut prosedur yang telah digariskan samada dari sudut pembungkusan atau pelabelan agar setanding dengan produk-produk terkenal seperti Maggi, Adabi, Brahim's dan lain-lain.

2. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti bas ekspress bagi memenuhi permintaan orang awam atau pekerja yang memerlukannya.

3. Menjalankan aktiviti import dan eksport berdasarkan keperluan yang tinggi dari syarikat-syarikat tempatan dan luar negara samada permintaan dari sudut bahan mentah, peralatan dan lain-lain.

Followers